XtGem Forum catalog
Artikel As-Sunni

Imam Nawawi (631 – 676 H / 1233 – 1277 M)

Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi. Dilahirkan di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Kebolehan menghafaz Al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah, ketika berusia lingkungan sembilan belas tahun telah pergi ke kota Damsyik untuk belajar. Mendalami ilmu di madrasah al-Ruwahiyyah atas tanggungan madrasah itu sendiri.

Karangannya adalah banyak, di antara kitabnya yang begitu popular dalam pengajian ilmu ialah Matan al-Arbain (hadis 40), Riyadhus Salihin, Syarah Sahih Muslim dan al-Adhkar. Di Indonesia nama beliau terkenal dengan kitabnya “Minhajut Thalibin”, sebuah kitab fiqih dalam madzhab Syafi’i yang banyak dipelajari di sekolah-sekolah dan pesantren-pesantren di tanah air terkhusus di daerah paling ujung nusantara yaitu NAD.

Kehidupannya dihabiskan kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dan perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Makan minumn al imam hanya sekali dalam sehari, sekadar memelihara kesehatan badannya. Juga tidak sangat menghiraukan akan soal pemakaian dan perhiasan,cukuplah apa yang memadai saja. Tidak juga gemar akan makan buah-buahan karena khawatir akan mengantuk yang akan mengganggu aktivitas kesehariannya.

Seorang yang begitu penuh ketakwaannya, juga beliau sangat wara’ dan kebersihan jiwanya dalam arti seorang penganut sufi sejati. Seorang ulama yang amatlah suka ditemui. Ada juga riwayat yang mengatakan bahwa keengganan beliau untuk makan buah-buahan di Damsyik itu bukan hanya khawatir akan mengantuk tetapi kerana buah-buahan di Damsyik dikala itu terlalu banyak mengandungi syubhat.

Sepanjang hayat kehidupan beliau selalu istiqamah dalam menjalankan kewajiban menyebarkan ilmu dengan mengajar dan mengarang di samping selalu dalam hal beribadah di tengah-tengah suasana hidup yang serba kekurangan, sehingga hidup beliau tidak terlepas dalam usaha dan beramal saleh terhadap agama,masyarakat dan umat.

Pahit dan kegetiran dalam kehidupan Beliau seolah menjadi sumber inspirasi dalam menegakkan panji-panji ahlus sunnah wal-jamaah dimuka bumi ini, beliau pernah diusir keluar dari negeri Syam oleh sultan al-Malik al-Zahir yang tidak senang akan fatwa yang dikeluarkan olehnya. Beliau bukanlah seorang ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya saja, namun untuk kehidupan di dalam masyarakat umumnya.

Beliau tidak pernah menjual ilmu yang dimilikinya dengan harta benda dunia.semua ilmu yang ada pada beliau, beliau curahkan ilmu kepada ummat. Beliau adalah seorang pemimpin ummat bukanlah ummat yang memimpin beliau. Mengeluarkan fatwa tanpa memandang sesiapa, walaupun fatwanya itu meyusahkan kedudukannya. Inilah contoh ulama sebagai pewaris para nabi (warithatul anbiya’).

Sepanjang hayat kehidupan beliau,sangat banyak dihabiskan demi menulis, mengarang kitab-kitab sebagai pertinggal untuk kita gunakan dalam kehidupan ummat,disamping mengajar dan menasihati. Inilah yang telah mengangkat derajat peribadi beliau sebagai seorang ulama dimasanya dan dikagumi serta di kenang-kenang sepanjang masa.

Al Imam yang Agung An-Nawawi beliau wafat pada 24 Rajab pada tahun 676 Hijrah, dan dimakamkan di Nawa, setelah sekian lama beliau hidup dengan membujang tidak beristeri di tengah-tengah suasana masyarakat Damsyik dan telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ‘ilmunya kepada agama Islam dan umatnya. Sekianlah selayang pandang dari sejarah kehidupan beliau,mudah-mudahan dengan berkah dari ilmu beliau moga saja Allah melimpahkan rahmatnya ke atas beliau khususnya dan kepada kita semua dizaman. Amin ya mujibas sailin.

Ke beranda blog
Komentar

Komentari artikel ini

Share/bookmark
Pengunjung online: 1 orang.
Beranda G4buek · Adudu Blog · Buku tamu · Partner